Cara olahan setiap perbahasan setiap topik di dalam buku sangat jelas disertakan infografik yang menarik. Sangat membantu untuk pemahaman tajwid bagi golongan dewasa dan kanak-kanak.
Penerangan setiap bait di dalam buku ini berpandukan manhaj tertinggi dan sempurna dalam bidang pengajian ilmu qiraat iaitu Matan Ibnu Jazari.
Kebanyakan buku tajwid hanya berfokuskan kepada teori semata-mata tetapi buku ini dilengkapi dengan latihan yang lebih berbentuk praktikal untuk mudah difahami.
Buku tajwid ini disemak dan diteliti oleh Prof. Madya. Dr Khairul Anuar Mohamad yang mempunyai mempunyai pengalaman Dan ketokohan yang tinggi Dalam lapangan ilmu al Quran.
Buku tajwid ini ditulis untuk ORANG AWAM, sesuai dengan gaya penulisannya yang santai, tidak berjela-jela malah banyak penerangan dinyatakan dalam bentuk gambarajah.
Ustaz Jamal atau nama sebenarnya Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman al-Hafiz merupakan anak kelahiran Kg Tapang Kota Bharu, Kelantan. Memulakan pengajian awal dalam bidang hafazan al-Quran dan pendidikan agama di Madinatul Ilmi Kandis pada tahun 2000, kemudian berpindah ke Sekolah Agama Tarbiah Mardhiah Panchor untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan al-Quran dan Qiraat di Darul Quran Jakim pada tahun 2006.
Selesai pengajian di peringkat Diploma, beliau melanjutkan pengajiannya ke Kaherah Mesir dalam bidang pengkhususan al-Quran dan Qiraat di Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra Mesir pada tahun 2009 hingga 2012.
Sepanjang berada di bumi Ardul Kinanah Mesir, beliau sempat bertalaqqi dengan beberapa tokoh qiraat Shoubra antaranya Syeikh Redha Ali Darwish selama hampir 3 tahun sehingga berjaya mengkhatamkan bacaan Qiraat 10 Thoriq Asy-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Selain Qiraat jama’, beliau juga sempat menghabiskan bacaan Qiraat Hafs ‘an ‘Asim dan Qiraat Ibnu Kathir secara Ifrad.
Di Masjid Khozandarah Shoubra, beliau sering menghadiri halaqah talaqqi Syeikh Hasan Ali Rejab dan sempat menyelesaikan talaqqi bacaan qiraat Hafs sebanyak 15 Juzuk serta menyertai beberapa siri daurah kitab bersama Syeikh Abdun Nabiy di Maqaz Shoubra. Selain berguru bersama para masyaikh Mesir, beliau juga pernah berguru bersama Syeikh Yassir Kamil dari bumi Syam dan sempat bertalaqqi Juz Amma secara keseluruhannya.
Di antara pengalamannya dalam Bidang al-Quran:
1. Pentashih al-Quran di Syarikat Percetakan Abad Sinergi.
2. Imam Terawih jemputan ke Masjid Darul Iman Wolly Creek, Sydney.
3. Pengasas Pusat Pengajian El-Qurthuby Bangi.
4. Pembimbing kelas al-Quran di FEP UKM.
5. Pengisi slot al-Quran di Jabatan Kerajaan dan Swasta Putrajaya.
Untuk sebarang pertanyaan tentang buku tajwid ini, boleh terus whatsapp Customer Happiness Manager kami di sini