Makhraj Huruf & Sifat-Sifat Huruf

4110032-min

Ayuh! Beli dan Dapatkan Buku Makhraj Huruf & Sifat-Sifat Huruf.
Hanya RM 63 Senaskah

Order Buku " Makhraj Huruf & Sifat-Sifat Huruf "
Dari Matan Muqaddimah Al-Jazariyyah.
Kini Dibuka

Kenali Siapa Penulis Buku

Ustaz Jamal Qurtubi Sulaiman Al-Hafiz

Ustaz Jamal atau nama sebenarnya Jamal Mohd Qurtubi Sulaiman al-Hafiz merupakan anak kelahiran Kg Tapang Kota Bharu, Kelantan. Memulakan pengajian awal dalam bidang hafazan al-Quran dan pendidikan agama di Madinatul Ilmi Kandis pada tahun 2000, kemudian berpindah ke Sekolah Agama Tarbiah Mardhiah Panchor untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Melanjutkan pengajian di peringkat diploma dalam jurusan al-Quran dan Qiraat di Darul Quran Jakim pada tahun 2006.

Selesai pengajian di peringkat Diploma, beliau melanjutkan pengajiannya ke Kaherah Mesir dalam bidang pengkhususan al-Quran dan Qiraat di Maahad Qiraat al-Azhar, Shoubra Mesir pada tahun 2009 hingga 2012.

Sepanjang berada di bumi Ardul Kinanah Mesir, beliau sempat bertalaqqi dengan beberapa tokoh qiraat Shoubra antaranya Syeikh Redha Ali Darwish selama hampir 3 tahun sehingga berjaya mengkhatamkan bacaan Qiraat 10 Thoriq Asy-Syatibiyyah dan al-Jazariyyah. Selain Qiraat jama’, beliau juga sempat menghabiskan bacaan Qiraat Hafs ‘an ‘Asim dan Qiraat Ibnu Kathir secara Ifrad.

Di Masjid Khozandarah Shoubra, beliau sering menghadiri halaqah talaqqi Syeikh Hasan Ali Rejab dan sempat menyelesaikan talaqqi bacaan qiraat Hafs sebanyak 15 Juzuk serta menyertai beberapa siri daurah kitab bersama Syeikh Abdun Nabiy di Maqaz Shoubra. Selain berguru bersama para masyaikh Mesir, beliau juga pernah berguru bersama Syeikh Yassir Kamil dari bumi Syam dan sempat bertalaqqi Juz Amma secara keseluruhannya.

Di antara pengalamannya dalam Bidang al-Quran:
1. Pentashih al-Quran di Syarikat Percetakan Abad Sinergi.
2. Imam Terawih jemputan ke Masjid Darul Iman Wolly Creek, Sydney.
3. Pengasas Pusat Pengajian El-Qurthuby Bangi.
4. Pembimbing kelas al-Quran di FEP UKM.
5. Pengisi slot al-Quran di Jabatan Kerajaan dan Swasta Putrajaya.

Galeri El-Qurthuby

Kenapa Perlu Dapatkan Buku Ini

Jika anda tercari-cari buku tajwid yang teliti dan sempurna serta mudah difahami. Buku ini amat sesuai dan pemudah cara panduan yang praktikal untuk mempelajari Al-Qur’an dengan lebih mendalam.

“Waktu first saya dapat order buku ni minggu lepas sebanyak 40 buah dari sebuah sekolah tahfiz, saya rasa gembira..memang gembira sebab buku ini pasti di gunakan dalam pembelajaran al Quran anak2 tahfiz di sekolah tersebut. Inilah sebahagian jariah dari penulisan saya..alhamdulillah..
Tapi..
Gembira berubah menjadi sebak..
Bila berbual dengan Ustaz Naim, saya cuba bertanya siapa yang infaqkan buku2 ini..agak2 apa jawab beliau??
Bukan infaq ustaz..Pelajar2 ni kumpul duit sesama mereka sebanyak 2 ringgit sorang Ustaz untuk dapatkan buku ni, mereka bersemangat dan bersungguh2 nak belajar dengan buku ni..
Allahu rabbi..
Moga mereka dijadikan sebagai pelapis penghafal al-Quran yang Mutqin, bukan sekadar hafalan yang lancar, tetapi bacaanya juga fasih sefasih generasi terdahulu..”
5/5
Buku ini di olah dan hadir dengan sentuhan penulisan yang lebih mendekati realiti permasalahan pembaca al-Quran terhadap sebutan Huruf dan Sifat-sifatnya. Sudah pasti ia menjadi idaman seluruh pencinta al-Quran demi memperhalusi bacaan agar lebih SEMPURNA.”
5/5
“Buku Ini Penambah Nilai Bagi Guru al Quran untuk mengajar. Mengharapkan manfaatnya tersebar ke seluruh negara, menjadi idaman Dan kecintaan para penuntut ilmu al Quran.”
5/5

Dapatkan Naskah Buku Tajwid Ini Sekarang

Buku Tajwid Ini Bantu Anda Mudah Fahami Tajwid Agar
Dapat Mengaji Dengan Lancar Sekeluarga.

Sebarang Pertanyaan Lanjut
Sila Hubungi

×
×

Cart