Hari
Jam
Minit
Saat

Setiap Titisan Air Mengalirkan Pahala tanpa Henti

Bayangkan setiap titisan air yang mengalir dari telaga ini menjadi pahala berpanjangan buat anda. Di Chad, Afrika — ribuan keluarga terpaksa berjalan jauh hanya untuk mendapatkan air bersih. Malangnya, air yang diperoleh sering tercemar dan tidak selamat.

Dengan menyertai projek Wakaf Telaga Air ini, anda membantu membekalkan sumber kehidupan yang asas kepada mereka yang sangat memerlukan. Sebuah telaga boleh memberi manfaat kepada 300–500 orang setiap hari — untuk minum, memasak, membersih dan beribadah.

MENGAPA AFRIKA MENJADI PILIHAN?

Di benua Afrika yang panas dan luas, tersembunyi sebuah permata Islam yang jarang dikenali ramai — Chad, sebuah negara yang menjadi antara pusat utama perkembangan Islam di peringkat global. Walaupun terpencil dari perhatian dunia, di sinilah tumbuh suburnya semangat keislaman yang luar biasa. Jutaan umat Islam hidup dalam harmoni, meskipun berlatarbelakangkan pelbagai budaya dan etnik. Di setiap pelusuk tanah ini, alunan bacaan Al-Qur’an sentiasa bergema — dari madrasah yang sederhana hingga ke masjid-masjid tanah gersang.

Setiap tahun, ribuan anak muda di Chad berjaya menghafal kitab suci, membentuk gelombang para huffaz yang bukan hanya menghafal, tetapi juga hidup dengan Al-Qur’an. Namun di sebalik kegemilangan ini, wujud satu keperitan yang besar — kekurangan sumber air bersih.

Air adalah keperluan asas. Namun bagi masyarakat Islam di Chad, mendapatkan air bersih bukan sesuatu yang mudah. Ada yang perlu berjalan berjam-jam setiap hari hanya untuk membawa pulang beberapa liter air, yang sering kali pula tercemar dan berbahaya kepada kesihatan. Kanak-kanak, warga tua dan pelajar madrasah terpaksa bergantung kepada sumber air yang tidak selamat — satu cabaran besar kepada kehidupan harian dan juga pembelajaran agama mereka.

Bayangkan seorang pelajar tahfiz yang sedang menekuni hafalan ayat suci Al-Qur’an, tetapi dalam keadaan dahaga, keletihan dan tidak bersih. Bayangkan ibu-ibu yang terpaksa memilih antara memasak untuk keluarga atau menyimpan air untuk esok hari. Ini bukan hanya soal keperluan fizikal — ia menyentuh kelangsungan ilmu, ibadah dan maruah umat Islam di sana.

Maka, dengan semangat ukhuwah dan tanggungjawab sesama Muslim, kami melancarkan Projek Wakaf Telaga Air di Chad.

Waqaf Telaga Air : Peluang Pahala Berterusan

Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain

(Hadis Riwayat al-Tabarani)

PAKEJ ISTIMEWA

Dengan pembinaan setiap telaga, kita bukan sahaja memberi air bersih, tetapi juga menyokong sistem pendidikan agama, membantu pelajar-pelajar tahfiz, dan menyediakan suasana yang lebih sihat dan selesa untuk masyarakat meneruskan kehidupan dan ibadah mereka.

1 Lot : RM 200

Telah Beroperasi Sejak 2016
0
Lot
0
Perkampungan
0

GALERI WAQAF

APA KATA MEREKA

Business Registration :002479928K / 201503287227

© All Rights Reserved 2025

×
×

Cart